Seni Silat Cekak Malaysia
PROGRAM 'SMART LEARNING' PSSCM IPT SELURUH TERENGGANU 2012

KUALA TERENGGANU - Program Smart Learning PSSCM IPT Seluruh Terengganu 2012 telah disempurnakan dengan jayanya pada 28 April 2012 lalu di Auditorium INOS, Universiti Malaysia Terengganu. Program selama sehari ini telah dianjurkan oleh PSSCM UMT dengan kerjasama Bahagian HEPA, UMT memberikan input yang berguna kepada semua peserta untuk mempraktikkan cara dan teknik belajar dengan berkesan dalam masa yang sama melibatkan diri secara aktif dengan pelbagai aktiviti berpesatuan. Program ini dimulakan dengan perbentangan kertas kerja yang bertajuk Kemahiran Insaniah dan Teknik Belajar yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, En Roslin bin Ali Omar, Naib Presiden 1 PSSCM dan Ceramah Kursus Teknik Belajar yang disampaikan oleh En. Azman bin Abdul Malik, Penyelia PSSCM UiTM Kampus INTEC. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga dapat dilaksanakan sejurus selepas ceramah KTB yang dikendalikan oleh fasilitator kursus. Program berakhir pada jam 6.00 petang dengan Selawat Mustafa dan nyanyian lagu Warisan Mutlak.
TRANSFORMASI CEKAK KE ARAH KESINAMBUNGAN WARISAN BANGSA YANG GEMILANG

25 Jun 2011, Kuala Lumpur - YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah mengajak warga PSSCM untuk mengadakan transformasi dalam PSSCM ke arah kegemilangan warisan bangsa ini agar ianya tak lapuk di telan zaman. Beliau memberikan ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-39 (MAP 39) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar UTM International, Jalan Semarak di sini.
MAP 39 yang dipengerusikan oleh En. Sham Bin Mohd Ghani, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Melaka telah dihadiri oleh seramai 519 orang perwakilan PSSCM dari seluruh cawangan PSSCM di seluruh negara. Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah Setiausaha Agong Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), En. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Omar Din.
MAP 39 ini antara lain memperlihatkan pertandingan menyandang jawatan-jawatan utama PSSCM. Para perwakilan bersetuju sebulat suara memilih cadangan calon yang dicadangkan oleh cawangan-cawangan dengan keputusan jawatan adalah seperti berikut :
Presiden :
Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Naib Presiden I:
En. Roslin Bin Ali Omar
Naib Presiden II :
Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid
Ahli Jawatankuasa :
En. Safaran Bin Ahmad
Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Saad @ Zakaria
En. Mohamad Fadillah Bin Mohamad Ares
En. Sazarin Bin Sardomo
En. Faizal Bin Mohd Yusof
En. Zaini Bin Marzuki
Penasihat Undang-undang :
En. Riza Makhzan Bin Arifin
Juru Audit :
En. Isma Amri Bin Abdul Manan
En. Malek Rizal Bin Hizat
Di samping itu juga jawatankuasa pusat membawa satu usul bagi meminda perlembangaan PSSCM berhubung pembayaran yuran masuk dan yuran tahunan PSSCM. Usul ini telah diterima sebulat suara oleh perwakilan setelah penjelasan panjang dan jelas diberikan oleh En. Zaini Bin Marzuki. MAP ke 40 yang akan diadakan pada tahun hadapan akan dipengerusikan oleh En. Yusuf Bin Husin, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Pahang.
(Sumber : http://www.silatcekak.org.my)
SILAT CEKAK BENTUK KEPERIBADIAN REMAJA
(Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu, 20 Jun 2011 m/s T18)

BALAI BESAR – Peningkatan kes jenayah sosial membabitkan remaja mendorong Persatuan Seni Silat Cekak (PSSC) Cawangan Terengganu melebarkan sayapnya dengan menganjurkan kelas seni pertahanan diri.
Bagi remaja, selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, penyertaan mereka dalam kelas seni mempertahankan diri itu dapat meningkatkan ketahanan mental, selain menghindari terjebak dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah atau samseng jalanan.
Abdul Hadi Abdul Razak, 16, berkata, melibatkan diri dengan aktiviti sebegini dapat menanam perasaan menghormati orang tua dan guru selain membentuk keperibadian yang lebih baik.
“Walaupun baru dua bulan menjadi ahli PSSC, namun ia ternyata dapat mengubah keperibadian saya.
“Sebagai pelajar, ia dapat membantu kita meningkatkan jati diri selain mengelakkan diri daripada membuang masa,” kata pelajar Sekolah Menengah (SM) Durian Mas itu.
Penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Ahmad Farhan Haraymayni, 19, pula menyifatkan penyertaannya dengan aktiviti latihan silat itu dapat meningkatkan keyakinan diri selain menghindari dengan gejala keruntuhan moral.
:“Di sini kita diajar nilai murni dan belajar seni mempertahankan diri, ia juga melengkapkan diri kita sebagai remaja berilmu, bukan sahaja ilmu akademik, malah ilmu lain yang berkaitan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Yang DiPertua PSSC Malaysia Cawangan Terengganu, Zabario Mohd Yasim pula menyifatkan usaha persatuan berkenaan menubuhkan kelas latihan pendekatan yang meningkatkan penyertaan belia dalam pertubuhan berkenaan.
PERASMIAN PSSCM CAWANGAN TERENGGANU, KELAS LATIHAN DUNGUN.
Balai Besar, Dungun – Perasmian Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Terengganu , Kelas Latihan Dungun mendapat sambutan menggalakkan yang dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu dan juga masyarakat setempat. Turut hadir adalah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Alor Tempoyak, En. Zakaria Mamat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kassim Husin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM merangkap Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Zon Timur.
Beliau meluahkan rasa syukur dan ucapan tahniah kepada AJK Cawangan Terengganu kerana Berjaya mewujudkan kelas latihan untuk orang awam khususnya masyarakat di sekitar Dungun dan Kemaman.
Turut menyampaikan ucapan, Yang Di Pertua PSSCM Cawangan Terengganu, En. Che Zabario Mohd Yasim.
“Walaupun dalam keadaan bersyukur, kita jangan terlalu seronok, kerana dengan adanya kelas latihan ini, bermakna kita terima ini sebagai satu tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut menasihatkan supaya mencari satu cara untuk ahli-ahli persatuan berkorban untuk persatuan dan bukannya mengharapkan balasan. Perasmian Kelas Latihan Dungun ini diadakan bertujuan untuk memberitahu akan kewujudan Kelas Latihan Dungun kepada masyarakat setempat dan juga menyuntik semangat ahli-ahli PSSCM untuk terus berusaha dalam mengembangkan Silat Cekak di mata masyarakat melayu di seluruh Terengganu.
“ahli-ahli kita tidak tanya, apa yang persatuan boleh beri kepada kita, tapi ahli-ahli kita tanya, apa yang kita boleh bagi kepada persatuan,” ujar Tuan Haji Kassim.
Beliau yang juga merupakan pengetua sekolah di Sekolah Sukan Terengganu (SST), Setiu berkata “kita berharap ahli-ahli persatuan supaya berkempen untuk mengajak orang ramai mempelajari Seni Silat Cekak kerana ianya satu-satunya persatuan yang lama selama 46 tahun berkembang dengan matlamat yang sangat jelas.
KURSUS TENAGA PENGAJAR PSSCM ZON TIMUR

BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH – Jabatan Kursus, Ujian dan Kemahiran PSSCM telah mengadakan Kursus Tenaga Pengajar Zon Timur kepada tenaga-tenaga pengajar PSSCM zon timur daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 13 dan 14 Mei 2011 di Kolej Ketengah, Bandar AMBS yang merupakan penutup kepada siri kursus yang sama pada tahun ini. Kira-kira 120 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang turut disertai peserta daripada PSSCM BMI, Sekolah Setia Budi, UKM dan juga PSSCM Cawangan Johor.
Program yang berlangsung selama 2 hari itu, turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Mulia Guru Utama/Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah seterusnya merasmikan penutup kursus pada kali ini. Antara intipati ucapan Yang Mulia Guru Utama, beliau mengingatkan semua tenaga pengajar dapat menggunakan sebaik mungkin pengalaman berkursus supaya pelajaran Silat Cekak disampaikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh persatuan. Beliau juga berharap agar ilmu Silat Cekak ini dapat diilmiahkan dan diangkat nilainya.
Turut hadir, En. Safaran bin Ahmad, Pengerusi Persilatan PSSCM, Tn. Hj. Fizol bin Mohd Saad, Pengerusi Jabatan Kursus, Ujian & Kemahiran serta ahli jawatankuasanya, Tn. Hj. Kassim bin Husin, Ahli LPT Zon Timur serta YDP PSSCM Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Program berakhir dengan bacaan tahlil untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Hjh. Radziyah binti Said sempena 100 hari kembalinya Allahyarhamah ke Rahmatullah yang diketuai oleh Ustaz Murad, NYDP PSSCM Cawangan Pahang.
More Articles...
Page 1 of 3
Semasa @ Cekaktgg
Jom Belajar Silat
Men Zon Timur
- Gambang, 16 Aprl 2011 - Sekitar Majlis Guru Utama dan Barisan Kepimpinan Silat Cekak Malaysia Zon Timur