Seni Silat Cekak Malaysia

SALAM AIDILFITRI 1432H

 

Transformasi Cekak Ke Arah Kesinambungan Warisan Bangsa Yang Gemilang

25 Jun 2011, Kuala Lumpur - YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah mengajak warga PSSCM untuk mengadakan transformasi dalam PSSCM ke arah kegemilangan warisan bangsa ini agar ianya tak lapuk di telan zaman. Beliau memberikan ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-39 (MAP 39) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar UTM International, Jalan Semarak di sini.

MAP 39 yang dipengerusikan oleh En. Sham Bin Mohd Ghani, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Melaka telah dihadiri oleh seramai 519 orang perwakilan PSSCM dari seluruh cawangan PSSCM di seluruh negara. Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah Setiausaha Agong Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), En. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Omar Din.

MAP 39 ini antara lain memperlihatkan pertandingan menyandang jawatan-jawatan utama PSSCM. Para perwakilan bersetuju sebulat suara memilih cadangan calon yang dicadangkan oleh cawangan-cawangan dengan keputusan jawatan adalah seperti berikut :

Presiden :
Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Naib Presiden I:
En. Roslin Bin Ali Omar
Naib Presiden II :
Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid
Ahli Jawatankuasa :
En. Safaran Bin Ahmad
Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Saad @ Zakaria
En. Mohamad Fadillah Bin Mohamad Ares
En. Sazarin Bin Sardomo
En. Faizal Bin Mohd Yusof
En. Zaini Bin Marzuki
Penasihat Undang-undang :
En. Riza Makhzan Bin Arifin
Juru Audit :
En. Isma Amri Bin Abdul Manan
En. Malek Rizal Bin Hizat

Di samping itu juga jawatankuasa pusat membawa satu usul bagi meminda perlembangaan PSSCM berhubung pembayaran yuran masuk dan yuran tahunan PSSCM. Usul ini telah diterima sebulat suara oleh perwakilan setelah penjelasan panjang dan jelas diberikan oleh En. Zaini Bin Marzuki. MAP ke 40 yang akan diadakan pada tahun hadapan akan dipengerusikan oleh En. Yusuf Bin Husin, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Pahang.

(Sumber : http://www.silatcekak.org.my)

 

 

 

Silat Cekak Bentuk Keperibadian Remaja

(Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu, 20 Jun 2011 m/s T18)

BALAI BESAR – Peningkatan kes jenayah sosial membabitkan remaja mendorong Persatuan Seni Silat Cekak (PSSC) Cawangan Terengganu melebarkan sayapnya dengan menganjurkan kelas seni pertahanan diri.

Bagi remaja, selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, penyertaan mereka dalam kelas seni mempertahankan diri itu dapat meningkatkan ketahanan mental, selain menghindari terjebak dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah atau samseng jalanan.

Abdul Hadi Abdul Razak, 16, berkata, melibatkan diri dengan aktiviti sebegini dapat menanam perasaan menghormati orang tua dan guru selain membentuk keperibadian yang lebih baik.

“Walaupun baru dua bulan menjadi ahli PSSC, namun ia ternyata dapat mengubah keperibadian saya.

“Sebagai pelajar, ia dapat membantu kita meningkatkan jati diri selain mengelakkan diri daripada membuang masa,” kata pelajar Sekolah Menengah (SM) Durian Mas itu.

Penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Ahmad Farhan Haraymayni, 19, pula menyifatkan penyertaannya dengan aktiviti latihan silat itu dapat meningkatkan keyakinan diri selain menghindari dengan gejala keruntuhan moral.

:“Di sini kita diajar nilai murni dan belajar seni mempertahankan diri, ia juga melengkapkan diri kita sebagai remaja berilmu, bukan sahaja ilmu akademik, malah ilmu lain yang berkaitan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Yang DiPertua PSSC Malaysia Cawangan Terengganu, Zabario Mohd Yasim pula menyifatkan usaha persatuan berkenaan menubuhkan kelas latihan pendekatan yang meningkatkan penyertaan belia dalam pertubuhan berkenaan.

   

Perasmian PSSCM Cawangan Terengganu, Kelas Latihan Dungun

Balai Besar, Dungun – Perasmian Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Terengganu , Kelas Latihan Dungun  mendapat sambutan menggalakkan   yang dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu dan juga masyarakat setempat. Turut hadir adalah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Alor Tempoyak, En. Zakaria Mamat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kassim Husin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM merangkap Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Zon Timur.

Beliau meluahkan rasa syukur dan ucapan tahniah kepada AJK Cawangan Terengganu kerana Berjaya mewujudkan kelas latihan untuk orang awam khususnya masyarakat di sekitar Dungun dan Kemaman.

Turut menyampaikan ucapan, Yang Di Pertua PSSCM Cawangan Terengganu, En. Che Zabario Mohd Yasim.

 

“Walaupun dalam keadaan bersyukur, kita jangan terlalu seronok, kerana dengan adanya kelas latihan ini, bermakna kita terima ini sebagai satu tanggungjawab,” katanya.

 

Beliau turut menasihatkan supaya mencari satu cara untuk ahli-ahli persatuan berkorban untuk persatuan dan bukannya mengharapkan balasan. Perasmian Kelas Latihan Dungun ini diadakan bertujuan untuk memberitahu akan kewujudan Kelas Latihan Dungun kepada masyarakat setempat dan juga menyuntik semangat ahli-ahli PSSCM untuk terus berusaha dalam mengembangkan Silat Cekak di mata masyarakat melayu di seluruh Terengganu.

 

“ahli-ahli kita tidak tanya, apa yang persatuan boleh beri kepada kita, tapi ahli-ahli kita tanya, apa yang kita boleh bagi kepada persatuan,” ujar Tuan Haji Kassim.

 

Beliau yang juga merupakan pengetua sekolah di Sekolah Sukan Terengganu (SST), Setiu  berkata “kita berharap ahli-ahli persatuan supaya berkempen untuk mengajak orang ramai mempelajari Seni Silat Cekak kerana ianya satu-satunya persatuan yang lama selama 46 tahun berkembang dengan matlamat yang sangat jelas.

 

Silat Cekak Muncul Semula

 

Silat Cekak Muncul Semula

Kemunculan semula Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru.

   

Page 1 of 3

Makluman

JKC Terengganu

AJK Pusat

Men Zon Timur

loader

Poster Cekak

Berita Cekak

Utama
Seni Silat Cekak Malaysia
  • SALAM AIDILFITRI 1432H

  • Transformasi Cekak Ke Arah Kesinambungan Warisan Bangsa Yang Gemilang

    25 Jun 2011, Kuala Lumpur - YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah mengajak warga PSSCM untuk mengadakan transformasi dalam PSSCM ke arah kegemilangan warisan bangsa ini agar ianya tak lapuk di telan zaman. Beliau memberikan ucaptama semasa merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-39 (MAP 39) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar UTM International, Jalan Semarak di sini.

    MAP 39 yang dipengerusikan oleh En. Sham Bin Mohd Ghani, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Melaka telah dihadiri oleh seramai 519 orang perwakilan PSSCM dari seluruh cawangan PSSCM di seluruh negara. Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah Setiausaha Agong Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), En. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Omar Din.

    MAP 39 ini antara lain memperlihatkan pertandingan menyandang jawatan-jawatan utama PSSCM. Para perwakilan bersetuju sebulat suara memilih cadangan calon yang dicadangkan oleh cawangan-cawangan dengan keputusan jawatan adalah seperti berikut :

    Presiden :
    Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
    Naib Presiden I:
    En. Roslin Bin Ali Omar
    Naib Presiden II :
    Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid
    Ahli Jawatankuasa :
    En. Safaran Bin Ahmad
    Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Saad @ Zakaria
    En. Mohamad Fadillah Bin Mohamad Ares
    En. Sazarin Bin Sardomo
    En. Faizal Bin Mohd Yusof
    En. Zaini Bin Marzuki
    Penasihat Undang-undang :
    En. Riza Makhzan Bin Arifin
    Juru Audit :
    En. Isma Amri Bin Abdul Manan
    En. Malek Rizal Bin Hizat

    Di samping itu juga jawatankuasa pusat membawa satu usul bagi meminda perlembangaan PSSCM berhubung pembayaran yuran masuk dan yuran tahunan PSSCM. Usul ini telah diterima sebulat suara oleh perwakilan setelah penjelasan panjang dan jelas diberikan oleh En. Zaini Bin Marzuki. MAP ke 40 yang akan diadakan pada tahun hadapan akan dipengerusikan oleh En. Yusuf Bin Husin, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Pahang.

    (Sumber : http://www.silatcekak.org.my)

     

     

  • Silat Cekak Bentuk Keperibadian Remaja

    (Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu, 20 Jun 2011 m/s T18)

    BALAI BESAR – Peningkatan kes jenayah sosial membabitkan remaja mendorong Persatuan Seni Silat Cekak (PSSC) Cawangan Terengganu melebarkan sayapnya dengan menganjurkan kelas seni pertahanan diri.

    Bagi remaja, selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, penyertaan mereka dalam kelas seni mempertahankan diri itu dapat meningkatkan ketahanan mental, selain menghindari terjebak dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah atau samseng jalanan.

    Abdul Hadi Abdul Razak, 16, berkata, melibatkan diri dengan aktiviti sebegini dapat menanam perasaan menghormati orang tua dan guru selain membentuk keperibadian yang lebih baik.

    “Walaupun baru dua bulan menjadi ahli PSSC, namun ia ternyata dapat mengubah keperibadian saya.

    “Sebagai pelajar, ia dapat membantu kita meningkatkan jati diri selain mengelakkan diri daripada membuang masa,” kata pelajar Sekolah Menengah (SM) Durian Mas itu.

    Penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Ahmad Farhan Haraymayni, 19, pula menyifatkan penyertaannya dengan aktiviti latihan silat itu dapat meningkatkan keyakinan diri selain menghindari dengan gejala keruntuhan moral.

    :“Di sini kita diajar nilai murni dan belajar seni mempertahankan diri, ia juga melengkapkan diri kita sebagai remaja berilmu, bukan sahaja ilmu akademik, malah ilmu lain yang berkaitan kehidupan,” katanya.

    Sementara itu, Yang DiPertua PSSC Malaysia Cawangan Terengganu, Zabario Mohd Yasim pula menyifatkan usaha persatuan berkenaan menubuhkan kelas latihan pendekatan yang meningkatkan penyertaan belia dalam pertubuhan berkenaan.

  • Who's Online

    We have 4 guests online